Sunday, 28 August 2011

Program Sumbangan Raya Yayasan Amal Cawangan Kelantan



Bersempena Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, Yayasan Amal Malaysia cawangan Kelantan akan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 30 orang penerima yang dikenal pasti untuk diberikan sumbangan tersebut.

Diketuai oleh pengerusinya YB Mohamad Zaki Ibrahim, 6 buah kumpulan telah dibentuk untuk menuju kerumah mereka yang terbabit untuk disampaikan sumbangan.







Read More

20 Pelajar Pusat Dakwah Serantau Menerima Sijil Kursus Dai’e



BANGI 25 Ogos 2011 - Yayasan Amal Malaysia hari telah mengukir sejarah apabila telah berjaya menjayakan Majlis Graduasi Pusat Dakwah Serantau. Majlis yang diadakan di Auditorium Institut Latihan Islam Malaysia ini diadakan bagi menyampaikan Sijil Kursus Dai’e kepada 20 orang pelajar yang datang dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak khusus bagi mendalami ilmu Islam seterusnya menyampaikan kepada ahli keluarga serta masyarakat setempat.
 


Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang yang mana ianya telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM iaitu  Ybhg. Tn. Hj. Mustapha Othman. Antara tetamu jemputan yang turut hadir dalam majls ini ialah wakil Bank Islam, Pengerusi Kumpulan Perangsang, YB Dr. Hjh. Halimah Ali Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Selangor, wakil-wakil NGO serta Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia serta Pengerusi-pengerusi cawangan negeri Yayasan Amal Malaysia.
 
 
Selain menerima Sijil Kursus Dai’e, para pelajar ini telah ditaja alaun sara hidup selama setahun oleh Bank Islam Malaysia Berhad, Yayasan Ubaidi serta seorang individu untuk menjadi Da’e seterusnya menyampaikan kepada ahli keluarga serta penduduk di kampung mereka serta masyarakat setempat yang amat memerlukan ilmu Islam.

 



Bagi Presiden Yayasan Amal Malaysia, Ybhg. Tn. Hj. Husin Ismail, selain Yayasan Amal Malaysia menyumbang khidmat kepada negara luar, Pusat Dakwah Serantau ini juga merupakan antara program yang dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia bagi pembinaan para dai’e dari pedalaman Sabah dan Sarawak.

Read More

Friday, 26 August 2011

Penyampaian Sumbangan Hari Raya


Yayasan Amal Malaysia akan mengadakan Program Penyampaian Sumbangan Hari Raya. Program ini akan diadakan pada 27 Ogos 2011 bersamaan 27 Ramadhan 1432 H. Program ini akan diadakan di DUN Chetok, seramai 30 orang terdiri daripada orang miskin akan mendapat sumbangan daripada Yayasan Amal Malaysia Caw Kelantan

Read More

Tuesday, 23 August 2011

Kembara Iftar Yayasan Amal Caw Kelantan




Seperti biasa, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan terus bergerak melaksanakan Kembara Sahur dan Iftar bagi tujuan berkongsi kehidupan bersama rakyat yang sederhana dan miskin.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...